Saturday, 19 July 2014

Friday, 19 October 2012

Wednesday, 17 October 2012

Autumn In My Heart....

2000 ... 12 tahun lalu.

Masa cepat berlalu kan? 12 tahun lalu, aku adalah salah seorang dari mahasiswa yang berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah. Sedar keluarga datangnya dari orang kebanyakkan, aku berusaha untu menjadikan pendidikan sebagai sandaran untuk masa depan. Namun, hidup yang penuh dengan misteri Allah. Aku sekadarnya melalu perjalanan itu tanpa dapat untuk mengusaikannya. Tidak mengapa, sekurang kurangnya aku pernah menjadi pelajar kolej suatu ketika itu. 

Autumn in my heart? Tiba tiba rasa rindu dengan drama korea ini. Aku rindu dengan rangkaian lagu lagu yang menjadi warna semasa aku hidup di Tanah Semenanjung itu. Sudahnya aku download, dengar dan kembali di masa masa aku sedang sibuk belajar, sibuk menguruskan abgku sehari hari si Abdul Rasyid Latuwo, dan sibuk bercinta dengan si cinta budak Muazamsyah Pahang, Azlifah atau ku panggil Leen. 

Terlalu banyak untuk dirungkaikan di sini perjalanan hidup dahulu, sesuatu sandaran pengajaran yang paling baik dan berkesan. Namun sekadar cerita... masa juga sudah merubah segalanya. Sekali lagi... biarkan saja, sudah banyak hikmah yang dipelajari.

Dan kini... biarkan aku menhayunkan diriku bersama kenangan kenangan itu didodoikan rangkaian lagu lagu dari drama Autumn In My Heart ini... lagu yang akan selalu indah, baik di memori jua indah pada halwa telinga yang mendengar. Allah Maha Besar.... untuk kurniaNya ini, alhamdulillah. 

Tuesday, 9 October 2012

Kisah Si Buah Epal....


Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.



Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.



Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
"Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”



Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.



Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.



Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.



Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.

“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”



Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Wednesday, 3 October 2012

Andai Ku Tak Bangun Esok Pagi....

"Sedangkan yang paling dekat dengan aku itu... adalah kematian"

- stories had been deleted -

Sunday, 30 September 2012

Jasman Bin Nurdin... seindah nama semurni peribadinya.

Bismillah hirahman nirrahim....

Siapa bisa menjangka, suatu masa ketika hidup tidak menjanjikan kepastian... akan ada telinga yg sedia mendengar, ada hati yang sama merasa dan paling mengharukan ketika matanya menguraikan tangisnya untuk aku. Tidak aq menjangkakannya, dan tidak plak aq terfikirkan... begitu sekali ingatannya kepada aku. Ku sertakan status FBnya,

"ANDA bukan sekadar KAWAN .. ANDA SAUDARA DUNIA AKHIRAT bagi saya ..
-sentiasa DOAKAN KESIHATANMU di sana-
#jangan risau ,aku kuat di sini# :)"


Sesekali melihat kekurangan diri dan dosa dosaku yang lalu... rasanya aku tidak layak untuk mendapat walau satu rahmat Allah. Mengenang masa laluku yang terlalu gelap dalam kehinaan, aku merasa diriku terlalu kotor di sisiNya. Namun aku bersyukur, kerana adanya pintu taubat yang Allah berikan kepada setiap insan yang mengaku segala khilafnya di masa lalu. Pada ketika mata ini sedang deras dalam linangan, aku terkenang betapa banyaknya rahmat yang Allah berikan padaku....dah hadiah yang paling bermakna dalam hidupku, kerana dapat mengenali Jasman Bin Nurdin. Insan yang sangat murni peribadinya seindah nama yang menyeri hidupnya. Tiada pernah aku menyangka, "Jas AwanBiru" itu memberikan aq peluang untuk mengenali dia dengan lebih rapat. Mengenalinya sehari demi sehari memberikan aku sehelai kain putih baru untuk dicoretkan keindahan dalam hidup berteraskan Islam. Terlalu indah kehadirannya.....

Semasa awal perkenalan kami, tidak sedikit pun aku terfikir betapa lembutnya pemilik hati bernama Jasman ini. Tapi kerana kelembutan itulah, menjadi satu keikhlasan untuk aku rebah dan sujud kepada Allah SWT. Dia menjadi pengantar Allah, mengetuk pintu hatiku terhadap rasa keTuhanan. Insan biasa yang luar biasa sapaannya yang selalu halus ikhlasnya. Alhamdulillah, dia adalah penjual minyak wangi yang memalitkan haruman buat aku. Sedari kerana "Assalammualaikum" setiap kali peluang bersua, aku tahu apa itu mandi wajib, apa itu kiblat, apa itu solat dan kerana "assalammualaikum' itu juga aku tahu indahnya Doa. Jua kerana salam dan 'assalamuualaikum' itu, aku bangga suatu masa dahulu aku pernah menjadi makmumnya dan dia  sebaik imam yang singgah mengajak aku mengadap Tuhanku juga kekasih abadiku. Bukankah sebaik baik saudara itu selalu mengingatkan sahabatnya untuk mengenal dan mengingati Tuhannya.

Persaudaraan itu akan indah, jika kita landaskan kerana iman. Iman...ya iman, iman yang memaniskan segala kepahitan dunia. Aq pasrahkan segala yang aku ada untuk imanku. Lantas aku bertanya sendiri, adakah aku beriman? Bila masa aku bermonolag sendiri, terimbas segala kesalahan ku yang lalu. Ya, aku terabaikan iman yang sememangnya dibekalkan sedari aku lahir di muka bumi ini. Namun perjalanan hidup yang terus ke hadapan, aku kembali menemui imanku yang telah lelah mengejarku dibelakang. Aku melihat siapa yang menyentuh bahuku menyedarkan, dan itulah saudaraku Jasman Bin Nurdin sambil dia tersenyum. sekali lagi ku lihat kejujurannya di situ, setia menyedarkan dan berjalan bersamaku mengingatkanku.... Terima kasih Ya Allah.

Seketika, kami terpisah kerana aku keluar mencari pengalaman hidup. Aku berjalan arah berbeza sedikit dari rutin biasa. Langkahku yang asing, ku takut jika hati juga bisa berubah. Pandangan yang kabur, dan paling ku risaukan jika percayaku akan rapuh nanti. Namun, secara tidak ku sedari kerana jauhnya jarak memisah kerana ruang sering membeza itulah aku menjadi semakin kuat. Kuat pada ingatanku padaNya, semakin dekat ingatan buatnya. Sehingga menjadi kebiasaan untukku mendengar azan dan membayangkan kenapa harus menunda solat sedngkan ku tahu dia sedang menyegerakan solatnya. Indahnya perasaan itu, hingga air mata adalah teman ketika berdoa memanjatkan ingatan buat dia. Rasanya, itulah nikmat yang selama ini aku inginkan. Bukan kerana aku suka menitiskan air mata, tapi manis rasa tentang indahnya iman.  

Aku kembali pada jalanku dahulu, walau bukan di tempat yang membuatkan aku lebih besar pada pemikiran. Aku mencabar diri untuk bersamanya di bahagian kulinari. Suatu masa dahulu akulah menjadi mendorong agar dea mencuba pengalaman baru. Peluang berada di sana, aku juga mencabar diri untuk bersama sama merasa apa itu pengalaman baru bersamanya. Jauh di sudut hatiku.... sebenarnya, kembalinya aku ke sana hanya kerana aku mahu melihat bagaimana pengalaman itu mengajar dia menjadi dewasa. Alhamdulillah, dia semakin mengenal dirinya. Kejujuran dan kesucian yang dimilikinya membuktikan bahawa ingatannya padaku tidak pernah hilang, sedari walau aku pernah menjauh suatu ketika dahulu. terima kasih Kekasihku Ya Allah.... 

Hari yang terus berlalu, dan kini peluang untuk dia melanjutkan pelajarannya. Alhamdulillah, syukur untuk peluang yang selama ini dia dambakan. Peluang untuk dia merubah jalan hidupnya. InsyaAllah, dengan kerja kerasnya, dengan doa padunya, dengan kebaikan dirinya, dengan ikhlas niatnya.... aku selalu berdoa, agar jalan lurus berada di hadapannya. Allah yang Maha Mengetahui.... semoga Kasih SayangNya akan selalu menjadi pendamping setia untuk dia, Jasman Bin Nurdin. Lantas kerana dia layak utnuk mendapatkannya.... terlalu layak. Halangan pasti ada, namun ku harap akan selalu ada kekuatan dan ketenangannya mencapai cita citanya itu. 

Aku, insan yang jalannya semakin terhad menunggu tarikh luput.... sudah merasa lebih dari cukup mendapatkan seseorang lebih dari seorang rakan. Aku sudah memiliki ramai insan insan terbaik di sekelilingku, namun Jasman itu bukan saudara biasa. Maaf jika aku terlalu menDEWAkan dia, namun itulah selayaknya setelah apa yang pernah aku harungi bersamanya. Setiap kali peluang untuk berdoa dalam solat yang fardu dan sunat, setiap tasbih yang membasahi mulut dan hati yang mengagungkan kebesaran Allah Swt.... takkan terlupa untuk aku mengangkat namanya menjunjung ingatan mensyukuri kehadirannya.  

Lantas kerana panggilannya itu, aku terpanggil untuk menulis disini. Selepas menunaikan solat wirir, qiamullail, dan solat hajatku... Hati tak habis untuk terus bermonolog bersama kekasih abadiku. Menghabiskan hampir seluruh malamku, mensyukuri rahmatNya dalam tangisan yang tidak mahu untuk berhenti. Menilai khilafku yang lalu dan pemberian yang diberikan padaku hingga kini, membuatkan aku berasa kecil di hadapan penciptaku. Betapa indahnya malam itu, malam yang membuatkan seribu malamku bermakna sepanjang hidupku. 

Indahnya setiap salam pada duduk tahiyyat akhirku, aku melihat menderitaanku semakin kurang sakitnya. Aku melihat kelibat si Jasman memandang sambil senyum melihat aku menghambakan diriku pada Allah adalah momen yang akan aku abadikan disepanjang jalan hidupku. Kini tiada lagi penyesalanku, mendapat keluarga yang amat membahagiakan dan sahabat yang menenangkan semasa ibadahku. Allah telah memberikan aku lebih dari apa yang patut aku miliki. Kini kepercayaanku bahawa Allah swt itu maha pengasih dan maha penyayang tidak akan berbelah bagi lagi. Jika suratan untuk aku mengalami kanser otak adalah perjanjian perjalanan aku hidup di dunia ini, aku redha dengan qada' dan qadar yang tertulis di lohmafuz. Sebaik penghujung hidup ini aku, aku diberikan hidayah dan penghijrahan yang baik dan benar. Terima kasih Ya Allah.... akurku pada kebesaranMu.

Pantas cerita ini akan ku pastikan dia membacanya, sebagai penghargaan dan ingatan segala kenangan yang pernah kali kongsikan bersama. Juga sebagai ingatan buat aku bahawa hidup aku tidak pernah bersendirian.
Sebaliknya aku rasa amat bersyukur mengenali dia. Aku berharap setiap kali dia berasa sedih dan tertekan, ku harap coretan ini mampu mengembalikan kekuatan dan semangat untuk dia menghadapai cabaran hidup.
Apatah lagi, jika coretan ini suatu hari nanti akan hanya tinggal coretan sementara aku sudah pergi menhadap kekasihku. Hanya ini yang aku mampu berikan sebagai ingatannya buat aku yang tidak pernah beralah berjuang untuk terus hidup dan mendengar kejayaannya suatu masa nanti. Insyaallah...dengan izin Allah jua, keranaNya aku datang kepadanya jua aku kembali.

Jasman Bin Nurdin...terima kasih kerana mengindahkan jalan hidupku, memaniskan imanku, memberikan panduan menemui kekasih abadiku, dan memberikan cahaya keluar dari kegelapanku. sekali lagi terima kasih sangat sangat.... takkan aku mampu membalasnya, melainkan ihsannya Allah untuk selalu memberkati dan menyayangimu seperti mana Dia selalu meyayangiku selama mana dia mengindahkan hidupku. 











Tupingmaru... sebuah lagu yang selalu aku ingat setiap kali aku mengingatkanmu dan kebesaranNya



Sebuah rasa dari kawan, sahabat dan saudaramu... Jagalah Diri.

Jamrin Bin Onun.
01 October 2012
0400am.