Siapa bisa menjangka, suatu masa ketika hidup tidak menjanjikan kepastian... akan ada telinga yg sedia mendengar, ada hati yang sama merasa dan paling mengharukan ketika matanya menguraikan tangisnya untuk aku. Tidak aq menjangkakannya, dan tidak plak aq terfikirkan... begitu sekali ingatannya kepada aku. Ku sertakan status FBnya,
"ANDA bukan sekadar KAWAN .. ANDA SAUDARA DUNIA AKHIRAT bagi saya ..
-sentiasa DOAKAN KESIHATANMU di sana-
#jangan risau ,aku kuat di sini# :)"
Sesekali melihat kekurangan diri dan dosa dosaku yang lalu... rasanya aku tidak layak untuk mendapat walau satu rahmat Allah. Mengenang masa laluku yang terlalu gelap dalam kehinaan, aku merasa diriku terlalu kotor di sisiNya. Namun aku bersyukur, kerana adanya pintu taubat yang Allah berikan kepada setiap insan yang mengaku segala khilafnya di masa lalu. Pada ketika mata ini sedang deras dalam linangan, aku terkenang betapa banyaknya rahmat yang Allah berikan padaku....dah hadiah yang paling bermakna dalam hidupku, kerana dapat mengenali Jasman Bin Nurdin. Insan yang sangat murni peribadinya seindah nama yang menyeri hidupnya. Tiada pernah aku menyangka, "Jas AwanBiru" itu memberikan aq peluang untuk mengenali dia dengan lebih rapat. Mengenalinya sehari demi sehari memberikan aku sehelai kain putih baru untuk dicoretkan keindahan dalam hidup berteraskan Islam. Terlalu indah kehadirannya.....
Semasa awal perkenalan kami, tidak sedikit pun aku terfikir betapa lembutnya pemilik hati bernama Jasman ini. Tapi kerana kelembutan itulah, menjadi satu keikhlasan untuk aku rebah dan sujud kepada Allah SWT. Dia menjadi pengantar Allah, mengetuk pintu hatiku terhadap rasa keTuhanan. Insan biasa yang luar biasa sapaannya yang selalu halus ikhlasnya. Alhamdulillah, dia adalah penjual minyak wangi yang memalitkan haruman buat aku. Sedari kerana "Assalammualaikum" setiap kali peluang bersua, aku tahu apa itu mandi wajib, apa itu kiblat, apa itu solat dan kerana "assalammualaikum' itu juga aku tahu indahnya Doa. Jua kerana salam dan 'assalamuualaikum' itu, aku bangga suatu masa dahulu aku pernah menjadi makmumnya dan dia sebaik imam yang singgah mengajak aku mengadap Tuhanku juga kekasih abadiku. Bukankah sebaik baik saudara itu selalu mengingatkan sahabatnya untuk mengenal dan mengingati Tuhannya.
Persaudaraan itu akan indah, jika kita landaskan kerana iman. Iman...ya iman, iman yang memaniskan segala kepahitan dunia. Aq pasrahkan segala yang aku ada untuk imanku. Lantas aku bertanya sendiri, adakah aku beriman? Bila masa aku bermonolag sendiri, terimbas segala kesalahan ku yang lalu. Ya, aku terabaikan iman yang sememangnya dibekalkan sedari aku lahir di muka bumi ini. Namun perjalanan hidup yang terus ke hadapan, aku kembali menemui imanku yang telah lelah mengejarku dibelakang. Aku melihat siapa yang menyentuh bahuku menyedarkan, dan itulah saudaraku Jasman Bin Nurdin sambil dia tersenyum. sekali lagi ku lihat kejujurannya di situ, setia menyedarkan dan berjalan bersamaku mengingatkanku.... Terima kasih Ya Allah.
Seketika, kami terpisah kerana aku keluar mencari pengalaman hidup. Aku berjalan arah berbeza sedikit dari rutin biasa. Langkahku yang asing, ku takut jika hati juga bisa berubah. Pandangan yang kabur, dan paling ku risaukan jika percayaku akan rapuh nanti. Namun, secara tidak ku sedari kerana jauhnya jarak memisah kerana ruang sering membeza itulah aku menjadi semakin kuat. Kuat pada ingatanku padaNya, semakin dekat ingatan buatnya. Sehingga menjadi kebiasaan untukku mendengar azan dan membayangkan kenapa harus menunda solat sedngkan ku tahu dia sedang menyegerakan solatnya. Indahnya perasaan itu, hingga air mata adalah teman ketika berdoa memanjatkan ingatan buat dia. Rasanya, itulah nikmat yang selama ini aku inginkan. Bukan kerana aku suka menitiskan air mata, tapi manis rasa tentang indahnya iman.
Aku kembali pada jalanku dahulu, walau bukan di tempat yang membuatkan aku lebih besar pada pemikiran. Aku mencabar diri untuk bersamanya di bahagian kulinari. Suatu masa dahulu akulah menjadi mendorong agar dea mencuba pengalaman baru. Peluang berada di sana, aku juga mencabar diri untuk bersama sama merasa apa itu pengalaman baru bersamanya. Jauh di sudut hatiku.... sebenarnya, kembalinya aku ke sana hanya kerana aku mahu melihat bagaimana pengalaman itu mengajar dia menjadi dewasa. Alhamdulillah, dia semakin mengenal dirinya. Kejujuran dan kesucian yang dimilikinya membuktikan bahawa ingatannya padaku tidak pernah hilang, sedari walau aku pernah menjauh suatu ketika dahulu. terima kasih Kekasihku Ya Allah....
Hari yang terus berlalu, dan kini peluang untuk dia melanjutkan pelajarannya. Alhamdulillah, syukur untuk peluang yang selama ini dia dambakan. Peluang untuk dia merubah jalan hidupnya. InsyaAllah, dengan kerja kerasnya, dengan doa padunya, dengan kebaikan dirinya, dengan ikhlas niatnya.... aku selalu berdoa, agar jalan lurus berada di hadapannya. Allah yang Maha Mengetahui.... semoga Kasih SayangNya akan selalu menjadi pendamping setia untuk dia, Jasman Bin Nurdin. Lantas kerana dia layak utnuk mendapatkannya.... terlalu layak. Halangan pasti ada, namun ku harap akan selalu ada kekuatan dan ketenangannya mencapai cita citanya itu.
Aku, insan yang jalannya semakin terhad menunggu tarikh luput.... sudah merasa lebih dari cukup mendapatkan seseorang lebih dari seorang rakan. Aku sudah memiliki ramai insan insan terbaik di sekelilingku, namun Jasman itu bukan saudara biasa. Maaf jika aku terlalu menDEWAkan dia, namun itulah selayaknya setelah apa yang pernah aku harungi bersamanya. Setiap kali peluang untuk berdoa dalam solat yang fardu dan sunat, setiap tasbih yang membasahi mulut dan hati yang mengagungkan kebesaran Allah Swt.... takkan terlupa untuk aku mengangkat namanya menjunjung ingatan mensyukuri kehadirannya.
Lantas kerana panggilannya itu, aku terpanggil untuk menulis disini. Selepas menunaikan solat wirir, qiamullail, dan solat hajatku... Hati tak habis untuk terus bermonolog bersama kekasih abadiku. Menghabiskan hampir seluruh malamku, mensyukuri rahmatNya dalam tangisan yang tidak mahu untuk berhenti. Menilai khilafku yang lalu dan pemberian yang diberikan padaku hingga kini, membuatkan aku berasa kecil di hadapan penciptaku. Betapa indahnya malam itu, malam yang membuatkan seribu malamku bermakna sepanjang hidupku.
Indahnya setiap salam pada duduk tahiyyat akhirku, aku melihat menderitaanku semakin kurang sakitnya. Aku melihat kelibat si Jasman memandang sambil senyum melihat aku menghambakan diriku pada Allah adalah momen yang akan aku abadikan disepanjang jalan hidupku. Kini tiada lagi penyesalanku, mendapat keluarga yang amat membahagiakan dan sahabat yang menenangkan semasa ibadahku. Allah telah memberikan aku lebih dari apa yang patut aku miliki. Kini kepercayaanku bahawa Allah swt itu maha pengasih dan maha penyayang tidak akan berbelah bagi lagi. Jika suratan untuk aku mengalami kanser otak adalah perjanjian perjalanan aku hidup di dunia ini, aku redha dengan qada' dan qadar yang tertulis di lohmafuz. Sebaik penghujung hidup ini aku, aku diberikan hidayah dan penghijrahan yang baik dan benar. Terima kasih Ya Allah.... akurku pada kebesaranMu.
Pantas cerita ini akan ku pastikan dia membacanya, sebagai penghargaan dan ingatan segala kenangan yang pernah kali kongsikan bersama. Juga sebagai ingatan buat aku bahawa hidup aku tidak pernah bersendirian.
Sebaliknya aku rasa amat bersyukur mengenali dia. Aku berharap setiap kali dia berasa sedih dan tertekan, ku harap coretan ini mampu mengembalikan kekuatan dan semangat untuk dia menghadapai cabaran hidup.
Apatah lagi, jika coretan ini suatu hari nanti akan hanya tinggal coretan sementara aku sudah pergi menhadap kekasihku. Hanya ini yang aku mampu berikan sebagai ingatannya buat aku yang tidak pernah beralah berjuang untuk terus hidup dan mendengar kejayaannya suatu masa nanti. Insyaallah...dengan izin Allah jua, keranaNya aku datang kepadanya jua aku kembali.
Jasman Bin Nurdin...terima kasih kerana mengindahkan jalan hidupku, memaniskan imanku, memberikan panduan menemui kekasih abadiku, dan memberikan cahaya keluar dari kegelapanku. sekali lagi terima kasih sangat sangat.... takkan aku mampu membalasnya, melainkan ihsannya Allah untuk selalu memberkati dan menyayangimu seperti mana Dia selalu meyayangiku selama mana dia mengindahkan hidupku.
Tupingmaru... sebuah lagu yang selalu aku ingat setiap kali aku mengingatkanmu dan kebesaranNya
Sebuah rasa dari kawan, sahabat dan saudaramu... Jagalah Diri.
Jamrin Bin Onun.
01 October 2012
0400am.



No comments:
Post a Comment